???????????? ????????? ????? ??????? ??? ???????.
Last updated: 20/06/2025
Berita baik buat semua pelanggan GB Gold Malaysia. Penghantaran bungkusan pesanan anda kini lebih selamat dan efisien dengan jaminan tinggi.
Sejajar dengan komitmen GB Gold Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran yang lebih selamat, cepat dan terjamin, pihak syarikat telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam mengendalikan bungkusan emas.
Penambahbaikan ini bertujuan untuk memastikan setiap bungkusan diterima dalam keadaan baik dan selamat, serta tiba tepat pada masanya ke destinasi anda.
Berikut adalah langkah penambahbaikan yang telah dilaksanakan:
𝟏. 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐮𝐫𝐚𝐧𝐬
Untuk setiap bungkusan di bawah 50 gram emas, pelanggan disarankan memilih penghantaran dengan tambahan insurans sebanyak 1% daripada nilai berat emas bagi melindungi bungkusan sepenuhnya sepanjang perjalanan.
Opsyen ini ditawarkan untuk penghantaran menggunakan DHL (OTP Standard Shipping) bagi Semenanjung Malaysia dan Pos Laju (Standard Shipping) bagi Sabah & Sarawak.
𝟐. 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 & 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧
Pengendalian bungkusan akan dipantau lebih rapi melalui prosedur ‘double check’ di setiap peringkat pembungkusan dan serahan kepada pihak kurier.
Bungkusan dilengkapi dengan pembungkus keselamatan khas dan penandaan keselamatan untuk mengelakkan risiko kerosakan atau kehilangan.
𝟑. 𝐊𝐨𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 (𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐭 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐭𝐚)
Pelanggan digalakkan untuk sentiasa memilih penghantaran berinsurans sebagai langkah perlindungan tambahan demi keselamatan bungkusan emas masing-masing
𝟒. 𝐑𝐚𝐤𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨 ‘𝐮𝐧𝐛𝐨𝐱𝐢𝐧𝐠’
Pelanggan diingatkan agar merakam video ‘unboxing’ dari awal hingga habis bagi tujuan peningkatan keselamatan sebaik menerima bungkusan.
Terima kasih kerana terus menyokong GB Gold Malaysia sebagai syarikat emas yang anda yakini.
𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐆𝐁 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
More News